PENGENALAN
- Tempurung lutut (patella) berada dalam kedudukan normal dengan distabilkan oleh beberapa kombinasi tisu penyambung (ligamen) dan otot-otot.
-
Tisu penyambung melindungi tempurung lutut (patella) daripada terkeluar dari alurnya (groove/trochlea).
-
Ketegangan otot juga membantu memegang patella pada tempatnya dan menyebabkan ia bergerak dengan normal.
-
Dislokasi patella adalah keadaan di mana tempurung lutut terkeluar daripada alurnya.
-
Selalunya ia terjadi apabila melakukan aktiviti seperti menari atau bermain bola sepak dengan melakukan pergerakan berpusing ketika kaki berada pada permukaan.
-
Dislokasi patella jarang terjadi disebabkan kecederaan langsung pada lutut. Individu dengan masalah ‘hypermobility’ mempunyai risiko tinggi mendapat masalah ketidakstabilan patella.
-
Sesetengah pesakit mempunyai permukaan tulang yang tidak normal secara semulajadi menyebabkan tempurung lutut mereka mudah terkeluar daripada kawasannya.
-
Tempurung lutut akan terkeluar daripada tempatnya jika ligamen dan otot-otot mengalami kecederaan dan terkoyak.
-
Selalunya, tempurung lutut yang terkeluar daripada alurnya akan kembali ke tempat asalnya secara spontan atau secara manual.
-
Pada masa yang sama, dislokasi patella juga akan menyebabkan berlakunya kerosakan/kecederaan pada tulang atau tulang rawan (cartilage) di sekitar tempurung lutut atau alurnya.
-
Ia juga akan menyebabkan berlakunya lebam pada lutut atau ia juga mungkin menyebabkan kecederaan yang serius seperti berlaku retakan pada tempurung lutut atau tulang rawan.

Rawatan dislokasi akut (acute)
-
Matlamat utama rawatan ketika tahap akut adalah untuk mengembalikan kestabilan, kekuatan dan fungsi tempurung lutut.
-
Maka penyembuhan ligamen dan otot-otot perlu dilakukan dengan memasukkan latihan kekuatan dan fleksibiliti dalam program rehabilitasi.
-
Berdasarkan perubatan, rawatan untuk dislokasi patella pertama kali tanpa pembedahan mempunyai hasil yang memuaskan pada lutut pesakit.
-
Rawatan tanpa pembedahan secara amnya termasuklah immobilisasi bagi membenarkan bengkak surut dan proses penyembuhan awal dimulakan dengan peningkatan aktiviti dan rehabilitasi.
-
Tempoh untuk ligamen dan otot-otot yang cedera direhatkan daripada aktiviti dan perlindungan (protection) selalunya adalah 2 minggu selepas mengalami kecederaan.
-
Manakala tempoh penyembuhan daripada kecederaan dan kembali bersukan pula mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan. Kebiasaannya, pendakap lutut akan diberikan untuk membantu memegang patella/tempurung lutut pada tempatnya sepanjang proses rehabilitasi.

Dislokasi patella akut (acute)
-
Pembedahan dilakukan bagi membaiki ligamen yang koyak selepas berlaku dislokasi. Rawatan pembedahan berjaya mengurangkan kadar ketidakstabilan berulang.
-
Pemulihan daripada pembetulan akut patellar dislocation mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan.
-
Pesakit yang ingin kembali melakukan aktiviti sukan dengan segera cenderung memilih rawatan pembedahan.
Ketidakstabilan kronik
-
Untuk mengelakkan ketidakstabilan patella berulang tanpa melakukan pembedahan, cara terbaik adalah dengan melakukan latihan kekuatan pada otot-otot kaki bagi menghalang kecederaan berterusan berlaku pada sendi lutut.
-
Pesakit perlu memakai pelindung lutut (knee guard) ketika melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan pada lutut.

Pembedahan untuk ketidakstabilan tempurung lutut (patellar)
-
Jika kecederaan awal pada tempurung lutut menghasilkan retakan tulang tempurung lutut dan tulang rawan. Maka pembedahan perlu dilakukan untuk mengganti atau membaiki serpihan tempurung lutut.
-
Selain itu, jika rawatan konservatif gagal dan tempurung lutut masih terkeluar daripada alurnya ketika melakukan aktiviti sukan, maka rawatan pembedahan disarankan.
-
Rawatan pembedahan juga disarankan bagi ligamen yang telah koyak buat masa yang lama atau yang tidak kuat lagi.
-
Rawatan pembedahan tidak disarankan bagi mendalamkan alur tempurung lutut.
-
Lebih kurang 90% pesakit berjaya menghilangkan gejala ketidakstabilan lutut kronik selepas pembedahan.
-
Tahap kesakitan selepas pembedahan selalunya minimal tetapi bergantung pada tahap kerosakan yang telah berlaku pada pemukaan tempurung lutut dan tulang rawan.

TERCARI-CARI RAWATAN FISIOTERAPI TERBAIK UNTUK MASALAH LUTUT ANDA? PHYSIOMOBILE MALAYSIA BOLEH MEMBANTU ANDA! LENGKAPKAN BORANG ‘INQUIRY’ SUPAYA CUSTOMER SERVICE KAMI BOLEH MENGHUBUNGI ANDA UNTUK INFO LANJUT.
Post Views: 1,960