ACL anatomy

FISIOTERAPI SELEPAS MENJALANI PEMBEDAHAN ACL YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

. . Menjalani terapi fizikal adalah aspek yang paling penting dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan pada ligamen ACL. . Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui bahawa aktiviti melompat, mengelecek, mendarat selepas melakukan lompatan dan banyak lagi boleh membawa kepada risiko untuk mengalami kecederaan pada ligamen ACL. Bukan itu sahaja, kebarangkalian untuk mengalami koyakan semula pada ACL selepas melakukan pembedahan adalah sama besar dengan risiko kecederaan ACL pada lutut sebelah. . Pembedahan untuk memperbaiki kecederaan pada ACL adalah penting. Namun begitu, pembedahan hanyalah sebahagian dari proses pemulihan. Apa yang lebih penting dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan ACL adalah terapi fizikal bersama ahli fisioterapi. . Hal ini jelas menunjukkan bahawa fasa menjalani terapi bersama ahli fisioterapi adalah fasa yang kritikal dan penting dalam memulihkan kecederaan ACL. Tujuan utama pesakit menjalani terapi fizikal adalah untuk mendapatkan kembali fungsi sendi lutut mereka yang optimum. Kebanyakan pesakit atau lebih 95 peratus pesakit memerlukan bantuan dan panduan daripada ahli fisioterapi yang berkemahiran bagi membolehkan mereka mencapai tujuan pemulihan yang diinginkan. . Terapi fizikal kendalian ahli fisioterapi terlatih bukan sekadar membantu pesakit mencapai potensi sendi yang maksimum, malah terapi fizikal juga mampu mengurangkan risiko berlakunya kecederaan ACL yang berulang setelah pesakit kembali ke lapangan sukan. . Proses terapi fizikal bagi pemulihan selepas kecederaan ACL mempunyai beberapa fasa yang setiap satunya mempunyai objektifnya yang tersendiri dan spesifik. Ahli fisioterapi dilatih untuk memeriksa dan menganalisa setiap aspek dalam pergerakan pesakit. Tanpa terapi fizikal selepas pembedahan kecederaan ACL, pesakit cenderung untuk melakukan pergerakan yang berlebihan pada sebelah anggota yang tidak terjejas bagi mengurangkan tekanan pada bahagian yang sakit. Hal ini akan menyebabkan pesakit berdepan dengan risiko untuk mengalami kecederaan berulang pada lutut yang sama, ataupun pada lutut sebelah atau pada mana-mana bahagian sendi tubuh dari paras pinggang ke bawah. . Oleh itu, sekiranya pesakit tidak mengikuti proses rehabilitasi bersama ahli terapi fizikal, adalah mustahil bagi pesakit untuk melakukan aktiviti yang sering mereka lakukan sebelum berlakunya kecederaan ACL. . Kebiasaannya, pada minggu-minggu awal, pergerakan mudah seperti berjalan dengan betul adalah amat mencabar untuk dilakukan olah pesakit. Fasa pertama pemulihan umumnya berlangsung sehingga enam minggu pertama selapas pembedahan dilakukan. . Fasa pertama adalah penting bagi mengurangkan bengkak pada kawasan pembedahan, selain mendapatkan kembali fungsi penuh sendi lutut dan menormalkan pergerakan aktiviti seharian seperti bangun dan duduk dari kerusi and menaiki tangga. Pemulihan diteruskan ke fasa kedua dimana fasa ini lebih menekankan pada kekuatan tubuh dan bahagian bawah badan, keseimbangan, keregangan, dan fungsi kardiovaskular. . Tempoh masa bagi fasa kedua berbeza-beza bergantung kepada motivasi, daya ketahanan, dan objektif pesakit. Ia selalunya mengambil masa antara minggu keenam hingga minggu ke-24 selepas pembedahan. Fasa yang ketiga pula melibatkan kemampuan pesakit untuk melakukan aktiviti seperti melompat, ‘cutting’ dan berlari. Walaupun tidak semua pesakit yang menjalani pembedahan adalah dari kalangan atlet, semua pesakit perlu melepasi fasa ini kerana aktiviti-aktiviti tersebut adalah aktiviti yang sering dilakukan semasa rekreasi atau riadah. . Fasa yang terakhir adalah spesifik untuk atlet. Ianya mendedahkan pesakit pada pada aktiviti yang bersesuian dengan sukan yang mereka ceburi. Oleh itu, aktiviti yang dilakukan oleh pesakit adalah berbeza-beza namun menfokuskan pada teknik, kuasa dan tugasan tertentu. Pemantauan teliti daripada ahli fisioterapi terlatih adalah perlu kerana menggunakan teknik yang betul dan pergerakan yang berkualiti adalah penting dalam setiap fasa rehabilitasi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *