FROZEN SHOULDER

‘FROZEN SHOULDER’

DEFINISI FROZEN SHOULDER

 


‘Frozen shoulder’ adalah penyakit yang sering dikaitkan dengan kekakuan pada bahu yang seterusnya menyebabkan pergerakan bahu menjadi terhad. ‘Frozen shoulder’ turut dikenali dengan nama ‘Adhesive Capsulitis’.
.
Ia sering disalah anggap sebagai penyakit arthritis, namun sebenarnya kedua-dua penyakit ini adalah tidak berkaitan antara satu sama lain. ‘Frozen shoulder’ lebih tertumpu kepada bahagian bahu sahaja manakala arthritis melibatkan beberapa sendi lain.
.
Masalah ini lazimnya dihadapi oleh mereka yang berumur antara 40 hingga 60 tahun. Selain itu, ianya kerap menyerang golongan wanita berbanding lelaki. Dianggarkan kira-kira 3 peratus populasi dunia menghadapi penyakit ‘Frozen shoulder’ ini.


.
♦SIMPTOM-SIMPTOM♦
Pesakit yang menghidap ‘Frozen shoulder’ akan mengalami kesakitan yang berterusan selain mengalami masalah pergerakan bahu terhad. Simptom-simptom ini akan berlanjutan dan menjadi lebih parah dari semasa ke semasa. Simptom ‘Frozen shoulder’ boleh dikategorikan kepada 3 peringkat. Ketiga-tiga peringkat tersebut mengambil masa lebih kurang dua tahun secara keseluruhannya.
.
1⃣ Peringkat pertama: sakit dan kekakuan pada bahu
Pada peringkat ini setiap pergerakan yang melibatkan sendi bahu akan menyebabkan kesakitan kepada pesakit. Kekakuan pada sendi menyebabkan pergerakan bahu menjadi terhad. Sakit yang dialami pesakit selalunya menjadi lebih teruk menjelang malam hari.
.
2⃣ Peringkat kedua: peringkat adhesive
Pergerakan bahu menjadi lebih sukar dan pergerakan menjadi sangat-sangat terhad. Pesakit turut mengalami kesakitan seperti peringkat pertama.
.
3⃣ Peringkat ketiga: peringkat peleburan
Pergerakan bahu beransur-ansur meningkat. Kesakitan juga berkurangan dari semasa ke semasa.

.

PENYEBAB DAN FAKTOR RISIKO ‘FROZEN SHOULDER’
.
Sendi bahu mempunyai tiga tulang yang terdiri daripada tulang selangka (collar bone), bilah bahu/tulang kipas (shoulder blade) dan tulang lengan atau humerus.
.
Sendi bahu termasuk dalam kategori sendi bola dan soket (ball-and-socket joint). Bahu dikelilingi oleh tisu konektif yang dikenali sebagai kapsul bahu (shoulder capsule). Kehadiran bendalir synovial membolehkan pergerakan sendi menjadi lancar tanpa geseran antara tulang.
.
‘Frozen shoulder’ terjadi apabila terdapat pembentukan tisu parut di sekitar bahu. Hal tersebut menjadikan kapsul bahu berubah menjadi semakin tebal dan tegang seterusnya menghalang bahu untuk bergerak seperti normal. Selain sukar untuk menggerakkan bahu, pesakit juga akan mengalami kesakitan pada kawasan tersebut.
.
Penyebab sebenar berlakunya ‘Frozen shoulder’ masih belum dapat dikenalpasti. Namun begitu, kebanyakan pesakit yang mengalami ‘Frozen shoulder’ mempunyai sejarah kecederaan atau masalah pergerakan. ‘Frozen shoulder’ juga sering berkait dengan penyakit diabetes.
.
⭕ FAKTOR-FAKTOR RISIKO:
.
Umur: individu yang berusia 40 tahun dan keatas lebih berisiko untuk menghidapi ‘Frozen shoulder’
Jantina: 70% pesakit ‘Frozen shoulder’ adalah terdiri daripada kalangan wanita
Trauma: pembedahan atau mempunyai sejarah patah tangan
Diabetes: 10% hingga 20% pesakit diabetes turut mengalami frozen sholuder.
.
Keadaan-keadaan lain yang boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit ‘Frozen shoulder’ adalah seperti berikut:
♦Strok
♦Hyperthyroidism
♦Hypothyroidism
♦Penyakit kardiovaskular
♦Penyakit Parkinson

.

RAWATAN ‘FROZEN SHOULDER’
.
Tujuan utama rawatan dijalankan adalah untuk mengurangkan kesakitan yang dialami pesakit serta meningkatkan pergerakan dan fleksibiliti bahu. Kebiasaannya, 90% pesakit yang mendapatkan rawatan akan menunjukkan perubahan ke arah yang lebih baik. Walaubagaimanapun, proses pemulihan memakan masa yang agak lama memandangan pesakit akan mengalami simptom-simptoms sehingga beberapa tahun.
.
Terdapat beberapa ikhtiar yang boleh dilakukan untuk mengurangkan simptom-simptom yang dialami oleh peskit ‘Frozen shoulder’. Antaranya ialah:
Pil penahan sakit
Ubat anti-keradangan tanpa steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen boleh mengurangkan kerengsaan atau keradangan dan kesakitan yang pesakit alami.
Namun begitu, tidak semua ubat penahan sakit sesuai untuk digunakan oleh pesakit. Oleh itu, pesakit hendaklah merujuk dan mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
.
Pek hangat atau sejuk (hot pack or cold pack):
Penggunaan pek hangat atau sejuk berfungsi untuk mengurangkan kesakitan dan melegakan bengkak pada bahu pesakit.
.
Terapi fizikal/ fisioterapi:

Dalam satu sesi rawatan fisioterapi, ahli fisioterapi akan membuat pemeriksaan awal untuk mengenalpati masalah yang dihadapi oleh pesakit. Kemudian, rawatan akan diberikan berdasarkan masalah yang dikenalpasti.

Di PhysiomobileMY, kebiasaannya rawatan yang diberikan adalah terdiri daripada:

  • Manual teknik: Teknik mobilisasi sendi (joint mobilization), teknik ‘mobilization with movement’, ‘soft tissue release’, ‘muscle energy technique’.
  • Senaman: senaman regangan otot, senaman menguatkan otot
  • Elektroterapi: terapi ultrasound

Fisioterapis akan memberikan beberapa rutin senaman yang memfokuskan kepada pergerakan fleksibiliti pesakit.

♦Senaman untuk ‘Frozen shoulder’:
Senaman yang dilakukan secara kerap dan teratur boleh mengurangkan kekakuan pada sendi bahu. Persatuan Pakar Bedah Ortopedik Amerika (AAOS) telah mencadangkan beberapa senaman yang ringkas bagi masalah ‘Frozen shoulder’. Salah satunya adalah regangan silang tangan.
.

Regangan Silang Tangan/ Posterior Capsule Stretch

Regangan silang tangan: silangkan bahagian tangan yang terjejas ke arah bahu sebelah. Kekalkan kedudukan tersebut selama 30 saat. Rehat dan ulang semula regangan sebanyak 3 kali.
.
Suntikan kortikosteroid :
Kortiosteroid adalah sejenis horman steroid yang membawa kesan seperti mengurangkan kesakitan dan kebengkakan. Maka, suntikan korikosteroid pada bahu pesakit ‘Frozen shoulder’ boleh mengurangkan symptom-simptom yang mereka hadapi. Namun begitu,pesakit tidak digalakkanuntuk mengambil suntikan tersebut berulang kali kerana dikhuatiri kan memberi kesan buruk kepada pesakit.
.
Transcutaneous Electrical Neuromuscular Stimulation (TENS):
TENS merupakan sejenis mesin yang menghantar aliran elektrik dalam amaun yang kecil kepada pad atau elektrod yang dilekatkan pada kulit pesakit. Rawatan TENS adalah bertujuan untuk mengawal kesakitan yang dialami pesakit ‘Frozen shoulder’.

.
Pergerakan manual bahu (shoulder manipulation):
Bahu akan digerakkan secara perlahan-lahan dalam keaadaan pesakit mendapat suntikan bius (general anesthethic)
.
Arthroscopy bahu:
Sebahagian kecil kes ‘Frozen shoulder’ memerlukan pembedahan yang melibatkan bukaan kawasan pembedahan yang minimum.
.
Doktor akan mengesyorkan pilihan rawatan yang bersesuian dengan keadaan pesakit berdasarkan simptom-simptom yang mereka alami.
.

..
⭕ LANGKAH PENCEGAHAN ‘FROZEN SHOULDER’ ⭕
.
‘Frozen shoulder’ hanya boleh dielak daripada berlaku sekiranya ianya disebabkan oleh kecederaan. Oleh itu, sesiapa yang pernah mengalami kecederaan dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor dan mengamalkan senaman yang bersesuian bagi mengelak daripada berlakunya masalah ‘frozen shoulder’ pada masa hadapan.
.
.
® PhysiomobileMY | Your no.1 rehab partner ®
#physiomobilemy #physio #fisioterapi #shahalam #sakitlutut #physiotherapy#fisioshahalam #theceo #fisioklang #neckpain #cervicalspondylosis#backpain #sakitbelakang #sakitbahu #shoulderpain #slipdisc#frozenshoulder

Related Post

Muskuloskeletal

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top