3 JIENIS OTOT

KETAHUI 3 JENIS OTOT DALAM BADAN MANUSIA

Tahukah anda, di dalam badan kita terdapat tiga jenis otot yang berbeza yang membolehkan badan kita berfungsi dengan baik? Jom kenali 3 jenis otot yang terdapat di dalam badan manusia.

3 JENIS OTOT:

  1. Otot rangka (skeletal muscle),

  2. Otot kardiak/jantung (cardiac muscle)

  3. Otot lembut (smooth muscle)

  • Hampir 50% daripada berat badan manusia terdiri daripada otot. Otot dikategorikan kepada tiga jenis iaitu otot rangka (skeletal muscle), otot kardiak (cardiac muscle) dan otot lembut (smooth muscle).

  • Otot rangka berfungsi untuk membenarkan pergerakan tubuh manusia.

  • Otot jantung/kardiak pula berfungsi untuk membantu jantung mengepam darah.

  • Otot lembut (smooth muscle) membentuk organ seperti perut dan pundi kencing yang membenarkan ia berubah bentuk bagi memudahkan fungsi badan.

1) OTOT RANGKA: Badan manusia mengandungi lebih dariapada 600 otot rangka yang membenarkan pergerakan tulang dan struktur badan lain.

  • Otot rangka membantu pergerakan manusia dengan memendek dan memanjangkan otot sebagai tindak balas sistem saraf (boleh dikawal).

  • Otot rangka terdiri daripada otot fiber yang berbentuk lurus dan disusun dalam beberapa kumpulan dan mempunyai salur darah tersendiri dan dikelilingi oleh sistem saraf.

2) OTOT LEMBUT: Dinding organ manusia mengecut dan memanjang secara automatik

  • Otot lembut terdapat pada dinding organ-organ dalaman yang mempunyai rongga dan pengecutannya tidak dapat dikawal. Fungsi otot lembut diransang oleh impuls yang bergerak melalui sistem saraf autonomi kepada otot lembut.
  • Otot lembut pada dinding organ pundi kencing dan rahim membenarkan organ-organ ini berkembang dan kembali ke bentuk asal seperti yang diperlukan.
  • Otot lembut pada sistem pencernaan memudahkan pergerakan makanan dan penyerapan nutrisi.
  • Otot lembut pada mata pula dapat mengubah bentuk kanta bagi menumpukan penglihatan seseorang kepada objek.
  • Otot lembut pada dinding salur darah juga memendek dan memanjang bagi membenarkan pergerakan darah ke seluruh anggota badan.

3) OTOT KARDIAK/JANTUNG: Otot kardiak/jantung mengecut hasil daripada isyarat sistem pengaliran jantung

  • Otot kardiak/jantung, hanya terdapat pada myocardium iaitu lapisan tengah daripada tiga lapisan dinding jantung, mengecut hasil daripada tindak balas isyarat sistem pengaliran jantung supaya jantung dapat berdegup.
  • Otot kardiak terhasil daripada sel cardiocytes yang membentuk satu rangkaian bagi memudahkan penyelarasan pengecutan jantung.

Related Post

Muskuloskeletal

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top