PENYAKIT PARKINSON

PENYAKIT PARKINSON

PENYAKIT PARKINSON

Pengenalan

Penyakit Parkinson adalah penyakit yang disebabkan oleh gangguan pada sistem saraf yang

memberi kesan kepadakeupayaan individu untuk bergerak. Simptom penyakit Parkinson

akan merosot dari semasa ke semasa dan selalunya bermula dengan sebelah tangan menggigil

tanpa sebab. Selain mengalami simptom tersebut, pesakit Parkinson juga mengalami kekakuan

pada otot (muscle tightness).

Pada peringkat awal penyakit Parkinson, pesakit kebiasaannya kelihatan kurang menunjukkan

ekspresi wajah. Selain itu, pemerhatian ketika pesakit berjalan juga akan mendapati pesakit

Parkinson kurang menghayunkan tangan mereka ketika berjalan. Pertuturan pesakit akan

menjadi tidak jelas dan perlahan. Simptom-simptom tersebut akan beransur-ansur

bertambah teruk dari semasa ke semasa.

 

Walaupun penyakit Parkinson tidak boleh diubati, pengambilan ubat-ubatan boleh menangani

simptom-simptom yang pesakit hadapi. Hanya dalam sesetengah kes, doktor akan

mencadangkan pesakit untuk menjalani pembedahan bagi mengatasi simptom-simptom yang

dihadapi oleh mereka.

 

Penyebab

Penyakit Parkinson adalah disebabkan oleh sesetengah sel-sel saraf atau neuron tidak berfungsi

dengan baik ataupun mati. Kebanyakan simptom yang dialami oleh pesakit adalah berkaitan

dengan kekurangan dopamine. Dopamine adalah bahan kimia penghantar yang menghantar

maklumat ke otak. Apabila paras dopamine menurun, aktiviti-aktiviti di dalam otak

akan menjadi tidak normal dan seterusnya menimbulkan tanda-tanda penyakit Parkinson.

Penyebab sebenar penyakit Parkinson masih belum diketahui namun beberapa faktor telah

dikenalpasti memainkan peranan penting dalam berlakunya penyakit Parkinson iaitu:

  1. Unsur genetik

Para penyelidik mendapati mutasi yang berlaku pada unsur genetik yang tertentu boleh

menyebabkan penyakit Parkinson berlaku namun ianya jarang sekali berlaku.

  1. Faktor persekitaran

Terdedah kepada bahan toksik adalah antara faktor persekitaran yang boleh meningkatkan risiko penyakit Parkinson.

Simptom-simptom

Simptom yang dihadapi oleh pesakit Parkinson adalah tidak sama antara satu pesakit dengan

pesakit yang lain. Terdapat kemungkinan simptom-simptom awal penyakit Parkinson tidak

disedari oleh penghidapnya.

Antara tanda-tanda dan simptom penyakit Parkinson adalah:

  1. Menggigil tanpa sebab

Lazimnya bermula pada tangan atau jari

  1. Pergerakan menjadi perlahan (bradykinesia)

Pesakit Parkinson akan hilang keupayaan untuk bergerak normal dan pergerakan menjadi

perlahan.

  1. Kekakuan otot

Kekakuan pada otot boleh memberi kesan kepada pergerakan anggota badan pesakit selain

menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan.

  1. Masalah postur dan ketidakseimbangan

Pesakit Parkinson mempunyai kemungkinan untuk mengalami masalah yang melibatkan postur

tubuh dan keseimbangan.

  1. Hilang keupayaan untuk bergerak secara automatik

Pesakit Parkinson lazimnya mengalami kesukaran bagi melakukan pergerakan automatik seperti mengelipkan mata, senyum ataupun menghayun tangan ketika berjalan.

  1. Perubahan pertuturan

Pesakit Parkinson akan bertutur dengan suara yang perlahan tetapi laju, butir percakapan

kedengaran tidak jelas dan teragak-agak sebelum memulakan percakapan. Nada percakapan juga

lebih kepada monotone berbanding dengan nada percakapan orang normal.

  1. Perubahan penulisan

Mereka akan mengalami kesukaran untuk menulis.

Related Post

Muskuloskeletal

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top