Soal Jawab Tentang Senaman

SOAL JAWAB TENTANG SENAMAN YANG PERLU ANDA TAHU

Kami kongsikan antara soal jawab tentang senaman yang sering ditanya oleh masyarakat umum.

Adakah OK untuk saya bersenam ketika saya mengalami selsema?

Aktiviti fizikal yang berintensiti ringan ke sederhana selalunya OK jika anda hanya menghidapi selsema biasa dan tidak demam. Senaman mungkin dapat melapangkan saluran hidung anda dan melegakan saluran hidung yang tersumbat buat sementara.

Panduan asas untuk senaman dan penyakit:

  • Senaman selalunya OK jika simptom-simptom selsema biasa hanya melibatkan hidung berair, hidung tersumbat, bersin (sneezing) atau sakit tekak. Anda boleh mengurangkan intensiti dan durasi senaman anda. Sebagai contoh, anda boleh berjalan selain daripada berlari.

  • Jangan melakukan senaman jika simptom-simptomnya seperti sesak dada, batuk atau sakit perut berlaku.

  • Jangan bersenam jika anda demam, letih atau sengal-sengal badan (sakit otot).

Soal Jawab Tentang Senaman

Biarkan badan anda menjadi panduan. Jika anda merasa tidak sihat, ambil masa untuk berehat.

Beberapa hari rehat daripada melakukan senaman tidak akan memberi kesan kepada prestasi anda.

Kembali melakukan rutin senaman anda berperingkat apabila anda mula sembuh.

Dapatkan nasihat doktor jika anda tidak pasti sama ada anda sudah boleh memulakan senaman.

Jika anda memilih untuk tetap bersenam ketika anda sakit, kurangkan intensiti dan durasi senaman anda.

Jika anda cuba bersenam dengan intensiti yang normal atau biasa anda lakukan anda mungkin berisiko mendapat kecederaan atau penyakit lain.

Saya tidak mempunyai masa untuk bersenam, jadi saya cuba melakukan aktiviti seperti menaiki tangga pada siang hari. Adakah ia dikira sebagai senaman?

Soal Jawab Tentang Senaman

Ya. Menaiki tangga adalah aktiviti fizikal yang praktikal dan memberi manfaat kepada kesihatan anda. Ia boleh membakar kalori – lebih kurang 65 kalori dalam masa 15 minit.

Menaiki tangga dengan laju atau membawa barang berat ketika menaiki tangga dapat membakar lebih banyak kalori.

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia mengesyorkan tahap aktiviti berikut untuk orang dewasa:

  • Senaman kekuatan otot sekurang-kurangnya dua hari seminggu.

  • Lakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana, 75 minit aktiviti fizikal berintensiti lasak dalam masa seminggu, atau gabungan aktiviti berintensiti sederhana dan lasak.

Lakukan aktiviti fizikal 30 minit sehari. Anda boleh pecahkan aktiviti fizikal tersebut kepada 10 minit pada waktu siang. Aktiviti fizikal yang anda boleh lakukan termasuklah berjalan, berjogging atau berbasikal.

Menaiki tangga boleh menjadi rutin aktiviti fizikal anda. Anda juga boleh parkir kereta lebih jauh daripada destinasi anda, berjalan dalam jarak dekat atau membuat kerja rumah. 

MENCARI RAWATAN TERBAIK UNTUK MASALAH KESIHATAN FIZIKAL ANDA?

DI PHYSIOMOBILE MALAYSIA, KAMI TAWARKAN RAWATAN FISIOTERAPI BERKESAN DAN BERKUALITI TINGGI KHAS UNTUK ANDA!

TEMPAH SLOT ANDA SEKARANG !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *