SPONDYLOLISTHESIS
Definisi
Spondylolisthesis adalah keadaan di mana salah satu tulang belakang (vertebra) terdorong ke bahagian hadapan. Ianya kerap kali dikesan berlaku di kawasan ‘lumbosacral’. Dalam sesetengah kes, spondylolisthesis juga menyebabkan saraf tunjang menjadi terhimpit dan seterusnya mendatangkan kesan seperti sakit belakang dan kebas atau lemah pada satu atau kedua-dua belah kaki. Terdapat juga kes yang mengaitkan spondylolisthesis dengan kegagalan mengawal pundi kencing namun kes ini jarang sekali berlaku. Spondylolisthesis juga kadang kala tidak menunjukkan sebarang simptom ataupun simptom hanya dirasai pesakit selepas beberapa tahun. Pesakit lazimnya akan mengadu mengalami kesakitan di bahagian belakang atau punggung. Otot di bahagian kaki juga akan terasa ketat atau lemah.
Penyebab
Tulang belakang bercantum bersama dengan beberapa sendi kecil yang membolehkan tulang belakang bergerak. Spondyliothesis terjadi apabila sendi-sendi yang menyokong tulang belakang tersebut bermasalah dan tidak berfungsi dengan baik. Masalah sendi di bahagian tulang belakang boleh jadi berpunca daripada:-
Masalah sendi sejak lahir (congenital)
-
Sendi tercedera akibat kemalangan atau trauma
-
Keretakan pada tulang belakang (stress fracture)
-
Kerosakan pada sendi akibat jangkitan penyakit atau arthritis.
Ingin dapatkan rawatan fisioterapi dengan PhysioMobileMY? Hubungi customer careline kami untuk tempah slot kami sekarang: Hubungi kami

Post Views: 903