kepala lutut tercabut

DISLOKASI PATELLA / ‘PATELLAR DISLOCATION’

PENGENALAN

  • Tempurung lutut (patella) berada dalam kedudukan normal dengan distabilkan oleh beberapa kombinasi tisu penyambung (ligamen) dan otot-otot.
  • Tisu penyambung melindungi tempurung lutut (patella) daripada terkeluar dari alurnya (groove/trochlea).

  • Ketegangan otot juga membantu memegang patella pada tempatnya dan menyebabkan ia bergerak dengan normal.

  • Dislokasi patella adalah keadaan di mana tempurung lutut terkeluar daripada alurnya.

  • Selalunya ia terjadi apabila melakukan aktiviti seperti menari atau bermain bola sepak dengan melakukan pergerakan berpusing ketika kaki berada pada permukaan.

  • Dislokasi patella jarang terjadi disebabkan kecederaan langsung pada lutut. Individu dengan masalah ‘hypermobility’ mempunyai risiko tinggi mendapat masalah ketidakstabilan patella.

  • Sesetengah pesakit mempunyai permukaan tulang yang tidak normal secara semulajadi menyebabkan tempurung lutut mereka mudah terkeluar daripada kawasannya.

  • Tempurung lutut akan terkeluar daripada tempatnya jika ligamen dan otot-otot mengalami kecederaan dan terkoyak.

  • Selalunya, tempurung lutut yang terkeluar daripada alurnya akan kembali ke tempat asalnya secara spontan atau secara manual.

  • Pada masa yang sama, dislokasi patella juga akan menyebabkan berlakunya kerosakan/kecederaan pada tulang atau tulang rawan (cartilage) di sekitar tempurung lutut atau alurnya.

  • Ia juga akan menyebabkan berlakunya lebam pada lutut atau ia juga mungkin menyebabkan kecederaan yang serius seperti berlaku retakan pada tempurung lutut atau tulang rawan.

Rawatan dislokasi akut (acute)

  • Matlamat utama rawatan ketika tahap akut   adalah untuk mengembalikan kestabilan, kekuatan dan fungsi tempurung lutut.

  • Maka penyembuhan ligamen dan otot-otot perlu dilakukan dengan memasukkan latihan kekuatan dan fleksibiliti dalam program rehabilitasi.

  • Berdasarkan perubatan, rawatan untuk dislokasi patella pertama kali tanpa pembedahan mempunyai hasil yang memuaskan pada lutut pesakit.

  • Rawatan tanpa pembedahan secara amnya termasuklah immobilisasi bagi membenarkan bengkak surut dan proses penyembuhan awal dimulakan dengan peningkatan aktiviti dan rehabilitasi.

  • Tempoh untuk ligamen dan otot-otot yang cedera direhatkan daripada aktiviti dan perlindungan (protection) selalunya adalah 2 minggu selepas mengalami kecederaan.

  • Manakala tempoh penyembuhan daripada kecederaan dan kembali bersukan pula mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan. Kebiasaannya, pendakap lutut akan diberikan untuk membantu memegang patella/tempurung lutut pada tempatnya sepanjang proses rehabilitasi.

Dislokasi patella akut (acute)

  • Pembedahan dilakukan bagi membaiki ligamen yang koyak selepas berlaku dislokasi. Rawatan pembedahan berjaya mengurangkan kadar ketidakstabilan berulang.

  • Pemulihan daripada pembetulan akut patellar dislocation mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan.

  • Pesakit yang ingin kembali melakukan aktiviti sukan dengan segera cenderung memilih rawatan pembedahan.

Ketidakstabilan kronik

  • Untuk mengelakkan ketidakstabilan patella berulang tanpa melakukan pembedahan, cara terbaik adalah dengan melakukan latihan kekuatan pada otot-otot kaki bagi menghalang kecederaan berterusan berlaku pada sendi lutut.

  • Pesakit perlu memakai pelindung lutut (knee guard) ketika melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan pada lutut.

Pembedahan untuk ketidakstabilan tempurung lutut (patellar)

  • Jika kecederaan awal pada tempurung lutut menghasilkan retakan tulang tempurung lutut dan tulang rawan. Maka pembedahan perlu dilakukan untuk mengganti atau membaiki serpihan tempurung lutut.

  • Selain itu, jika rawatan konservatif gagal dan tempurung lutut masih terkeluar daripada alurnya ketika melakukan aktiviti sukan, maka rawatan pembedahan disarankan.

  • Rawatan pembedahan juga disarankan bagi ligamen yang telah koyak buat masa yang lama atau yang tidak kuat lagi.

  • Rawatan pembedahan tidak disarankan bagi mendalamkan alur tempurung lutut.

  • Lebih kurang 90% pesakit berjaya menghilangkan gejala ketidakstabilan lutut kronik selepas pembedahan.

  • Tahap kesakitan selepas pembedahan selalunya minimal tetapi bergantung pada tahap kerosakan yang telah berlaku pada pemukaan tempurung lutut dan tulang rawan.

TERCARI-CARI RAWATAN FISIOTERAPI TERBAIK UNTUK MASALAH LUTUT ANDA? PHYSIOMOBILE MALAYSIA BOLEH MEMBANTU ANDA! LENGKAPKAN BORANG ‘INQUIRY’ SUPAYA CUSTOMER SERVICE KAMI BOLEH MENGHUBUNGI ANDA UNTUK INFO LANJUT.

Related Post

Muskuloskeletal

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top